GPK
PETANG SMKSJ
AMANAT
TAHUN BARU 2013
Salam sejahtera,
para warga SMKSJ. Selamat Tahun Baru.
Tahun demi tahun
berlalu. Begitu juga dengan resolusi yang di perbaharui bagi meningkatkan
kualiti hidup. Tahniah kepada mereka yang berjaya mencapai apa yang dihajati
pada tahun-tahun yang lepas. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun
hadapan.
Para warga SMKSJ
sekalian, pada tahun ini Sidang Petang SMKSJ akan mempereratkan kesefahaman
dikalangan seluruh warga sekolah khususnya sidang petang. Untuk itu, kami ingin
mewujudkan suasana ‘didikhibur’atau ‘joy in learning’. Saya percaya bahawa
sekolah harus mewujudkan suasana ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan
pulang kerumah’ di mana para pelajar gembira pergi ke sekolah dan sedih kerana
sekolah tamat kerana terlalu seronok di sekolah. Renungan Pertama Sidang Petang
adalah berkisar tentang perkara ini.
Kami juga ingin
mewujudkan persefahaman dengan ibubapa/penjaga dan masyarakat setempat dengan
mengadakan sesi dialog. Ini secara langsung dapat melihat kekangan dan kekuatan
yang ada. Ini dapat menjadikan SMKSJ sebagai sekolah terbilang dan cemerlang.
Para pelajar
sekalian, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan ponteng kelas dan sekolah.
Jangan melanggar peraturan-peraturan dan disiplin sekolah. Hormatilah guru-guru
dan ibubapa serta penjaga. Jaga hartabenda sekolah. Tahniah kepada para pelajar
yang telah, sedang dan akan melakukan sedemikian.
Kepada para
rakan guru, selamat bertugas. Saya pasti guru-guru Sidang Petang SMKSJ adalah
guru-guru yang terbilang. Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan
bersama.
Kepada
rakan-rakan warga sekolah yang lain, selamat berjaya. Jasamu dikenang.
Akhir kata,
selamat berjaya dan jadikan iktibar bahawa tahun 2013 adalah lebih baik dari
tahun-tahun yang lepas.
Sekian. Terima
kasih.
Yang
menjalankan amanat,
R.Baskran
Raman Nair
Guru
Penolong Kanan Petang
Sekolah
Menengah Kebangsaan Seremban Jaya
70450
Seremban
Negeri
Sembilan
MUSTAFA KAMAL-SEMOGA MENJADI WADAH PERJUANGAN DEMI ANAK DIDIK SMKSJ
ReplyDelete