Wednesday 9 January 2013

PENGHARGAAN

Pelajar Tingkatan 2,juga seorang pengawas menerima penghargaan dari GPK Petang kerana berhemah tinggi dan banyak membantu pihak sekolah

Saturday 5 January 2013

AMANAT TAHUN BARU 2013


GPK PETANG SMKSJ
AMANAT TAHUN BARU 2013

Salam sejahtera, para warga SMKSJ. Selamat Tahun Baru.

Tahun demi tahun berlalu. Begitu juga dengan resolusi yang di perbaharui bagi meningkatkan kualiti hidup. Tahniah kepada mereka yang berjaya mencapai apa yang dihajati pada tahun-tahun yang lepas. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan.

Para warga SMKSJ sekalian, pada tahun ini Sidang Petang SMKSJ akan mempereratkan kesefahaman dikalangan seluruh warga sekolah khususnya sidang petang. Untuk itu, kami ingin mewujudkan suasana ‘didikhibur’atau ‘joy in learning’. Saya percaya bahawa sekolah harus mewujudkan suasana ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang kerumah’ di mana para pelajar gembira pergi ke sekolah dan sedih kerana sekolah tamat kerana terlalu seronok di sekolah. Renungan Pertama Sidang Petang adalah berkisar tentang perkara ini.

Kami juga ingin mewujudkan persefahaman dengan ibubapa/penjaga dan masyarakat setempat dengan mengadakan sesi dialog. Ini secara langsung dapat melihat kekangan dan kekuatan yang ada. Ini dapat menjadikan SMKSJ sebagai sekolah terbilang dan cemerlang.

Para pelajar sekalian, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan ponteng kelas dan sekolah. Jangan melanggar peraturan-peraturan dan disiplin sekolah. Hormatilah guru-guru dan ibubapa serta penjaga. Jaga hartabenda sekolah. Tahniah kepada para pelajar yang telah, sedang dan akan melakukan sedemikian.

Kepada para rakan guru, selamat bertugas. Saya pasti guru-guru Sidang Petang SMKSJ adalah guru-guru yang terbilang. Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan bersama.

Kepada rakan-rakan warga sekolah yang lain, selamat berjaya. Jasamu dikenang.

Akhir kata, selamat berjaya dan jadikan iktibar bahawa tahun 2013 adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan amanat,

R.Baskran Raman Nair
Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya
70450 Seremban
Negeri Sembilan

Minggu Ke-3 Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013




Wednesday 2 January 2013

PHOTO MINGGU ORIENTASI 2013-HARI PERTAMA 2.01.2013

 Pengetua sedang memberikan ucapan dalam ucaputama Minggu Orientasi
 Sebahagian daripada pelajar baru tingkatan satu
 Gpk Hem sedang memberikan taklimatnya
 Sebahagian daripada sesi lawatan pelajar ke sekitar kawasan sekolah



Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam slot motivasi kecemerlangan pelajar